Syarikat Penyiaran Jepun NHK telah menyiarkan Resolusi 8K Buat Pertama Kali Di Dunia


 



Penyiaran TV di Jepun, NHK telah mula menggunakan satelit TV pertama
yang menggunakan resolusi 8K baru baru ini. Pelancaran Super High Vision
ini disiarkan dengan membandingkan resolusi 4K dan 8K. Resolusi 8K
ternyata jauh lebih tajam yang memiliki 7680x4320 piksel dimana ianya 4
kali lebih tajam berbanding 4K dan 16 kali lebih tajam berbanding 1080p.
Ianya juga mengetengahkan spesifikasi 22.2-siaran audio.



Resolusi
8K telah dirasmikan pada Isnin lepas bersama persembahan dari bintang
J-pop Kyary Pamyu, sorotan penting dari temasya sukan olimpik dan juga
video dari seorang pemusik terkenal di Jepun Seiji Ozawa. Siaran itu
berlangsung dari pukul 10 pagi ke 5 petang. Namun disebabkan tiada siapa
yang masih mempunyai peranti yang sesuai di rumah, NHK menyiarkannya di
hadapan tontonan ramai di setiap bandar yang terpilih di Jepun. NHK
juga akan terus menyiarkan siarang secara langsung sukan Olimpik di Rio
di hadapan penonton.



Mungkin ramai tertanya tanya
mengapa 8K sedangkan 4K pun masih belum dapat dirasai para pengguna di
Malaysia. NHK telah menggunakan siaran HD sejak tahun 80an lagi. Ini
menunjukkan Jepun adalah negara yang paling terawal dalam dunia
teknologi. Jadi para pembaca jangan risau jika anda belum menggunakan
4K.