Syarikat Pengeluar Mesin Pelipat Pakaian, Laundroid Diambang Muflis

Pada acara CES 2018, dunia dihidangkan dengan teknologi baru yang membantu ibu-ibu di rumah untuk melipat pakaian dengan lebih mudah.

Laundroid, sebuah mesin pelipat pakaian berkuasa AI yang dibangunkan oleh syarikat Seven Dreamers dari Jepun mencuri tumpuan ramai ketika itu.

Malangnya, ia hanya mampu mengambil perhatian ramai namun gagal mengambil wang mereka apabila dikatakan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ia sekaligus menyebabkan syarikat yang pernah menjalinkan kerjasama bersama Panasonic dan Daiwa House itu kini diambang bankrap.

https://youtu.be/RSBWgWThNHo

Memetik laporan The Verge, CEO-nya Shin Sakane bercadang untuk menawarkan Laundroid dengan harga bawah $2000 berbanding harga $16000 ketika CES 2018 tahun lepas.

Namun, mereka kini dikatakan dihimpit masalah hutang yang sangat tinggi iaitu lebih daripada $20 juta kepada 200 kreditor berbeza.

Ketika prototaip Laundroid diuji oleh The Verge, kemeja-T yang dimasukkan dikatakan telah tersangkut di dalam mesin berkenaan dan mengambil masa sehingga 15 minit untuk dikeluarkan.

Bagi tempoh melipat pakaian pula, ia dikatakan memerlukan sehingga 5 ke 10 minit untuk melipat sehelai kemeja-T. Pesaingnya, Foldimate pula didakwa hanya memerlukan 5 saat untuk melakukan tugasan yang sama.

 

Sumber: The Verge

Berkaitan