Syarikat Pemaju Hartanah, Wanda Menyaman Platform Sosial Media Atas Penyebaran Berita Palsu

Ya, bukan Malaysia sahaja yang menghadapi penyebaran cerita atau berita palsu. Nampaknya negara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi juga menghadapi masalah yang sama.

Satu syarikat pemaju hartanah, Dalian Wanda Group telah memfailkan saman terhadap beberapa platform sosial media di negara tembok besar China itu selepas tersebarnya cerita mengenai pemilik syarikat itu yang dikatakan tidak dibenarkan keluar dari negara tersebut.

Berita itu keluar selepas pihak berkuasa China sedang melaksanakan operasi bagi menyoal siasat ahli perniagaan dari negara tersebut atas beberapa sebab. Wanda dalam satu kenyataan telah memberitahu akan memfailkan saman terhadap pemilik akaun termasuk profil-profil kecil yang dikendalikan oleh organisasi sosial media.

Mereka meminta saman ganti rugi lebih dari RM 3 juta untuk setiap pemilik akaun dan permohonan minta maaf secara terbuka.

Wanda sebelum ini menjadi perhatian pihak berkuasa China selepas pelaburan luar negara mereka yang dianggap terlalu berisiko.

Sumber