Syarikat Milik Geely, Volvo Bakal Membina Kereta Elektrik Sepenuhnya Bermula 2019

Menurut  satu kenyataan dari Geely pada hari rabu yang lepas, Volvo akan mengeluarkan kereta elektrik dan hibrid sepenuhnya menjelang tahun 2019 ini. Namun mereka masih belum membari kata putus bila tarikh sebenar mereka akan memulakan perlaksanaan ini.

Jika dililihat di pasaran ketika ini, kereta elektrik masih belum mekar sepenuhnya dan penjualan hanya menumpukan kepada pengguna kelas atasan (mahal), seperti Tesla. Tetapi secara logiknya, Volvo dari dulu lagi memfokuskan kepada kereta kelas atasan, dan strategi mereka untuk ke arah kereta elektrik sepenuhnya tidaklah mengejutkan.

"Pengumuman ini menandakan berakhirnya pembuatan kereta enjin petrol" Kata CEO Volco Car, Hakan Samuelsson. Walaubagaimanapun syarikat yang berpangkalan di Sweeden tersebut akan tetap meneruskan pembuatan model kereta berenjin petrol yang dilancarkan sebelum tahun 2019.



Volvo turut memberitahu, 5 model bakal dilancarkan pada tahun 2019 ini- 3 darinya dari Volvo dan 2 lagi dari jenama Plestar. Kesemuanya akan beroperasi menggunakan enjin elektrik. Syarikat milik Zhejiang Geely Holding Group ini juga akan dihasilkan di semua kilang Volvo serata dunia.

Volvo dilaporkan telah membuat pelaburan yang banyak untuk model dan kilang baru semenjak dibeli oleh syarikat gergasi China, Geely pada tahun 2010 yang lalu. Sebelum ini Volvo di bawah Ford.

Sumber: New York Times