Syarikat Malaysia Jawab Isu Jadi Punca ‘Live’ Lofi Girl Ditamatkan

Siapa tidak kenal live daripada saluran Lofi Girl? Ia telah berjalan secara tanpa henti sejak bertahun lamanya. Namun, striman 'lofi hip hop radio - beats to relax/study to' tersebut telah ditamatkan minggu lalu oleh YouTube.

Penamatan live tersebut yang telah berlangsung selama 2 tahun meninggalkan kepiluan pada peminatnya dan pengguna YouTube minggu lalu.

https://twitter.com/lofigirl/status/1546058721792507906?s=21&t=WyPhqRo9IF5_s3brEy6eOQ

Rupa-rupanya, YouTube telah mengambil tindakan menggantung video live tersebut akibat daripada tuntutan hak cipta oleh sebuah pihak.

Ia daripada sebuah syarikat rakaman tempatan iaitu FMC Music, berdasarkan tangkap layar dikongsi Lofi Girl di Twitter.

Lanjutan itu, FMC Music tampil dengan penjelasan pada Malaysiakini, mengatakan akaun mereka telah digodam untuk melakukan tuntutan hak cipta tersebut terhadap live Lofi Girl.

Bercakap pada Gempak, mereka mengakui hanya baru menyedarinya selepas kepulangan ke pejabat selepas cuti raya.

FMC Music hanya membuat rakaman muzik tempatan, bukan antarabangsa, terang wakil syarikat.

Netizen termasuk dari negara seberang juga telah mengambil tindakan sendiri dengan mengubah maklumat dan meninggalkan ulasan negatif serta kecaman pada halaman FMC Music di Google serta laman sosial mereka.

Apa-apa pun, striman langsung Lofi Girl kini sudah kembali ke udara dan YouTube dilaporkan akan mengambil tindakan terhadap akaun FMC Music.

Sumber: Lofi Girl, Malaysiakini, Gempak