Syarikat LG Patenkan Rekaan Peranti Boleh Lipat Lutsinar

Sebelum ini, banyak pengeluar telah mendaftarkan pelbagai jenis paten peranti pintar dengan rekaan-rekaan yang unik.

Namun, tidak semua rekaan paten yang telah didaftarkan akan dibangunkan sebagai sebuah produk akhir.

Terbaru, syarikat dari Korea, LG telah menfailkan rekaan paten unik iaitu sebuah peranti boleh lipat lutsinar dan rekaan tersebut telah dikesan oleh LetsGoDigital.

Kapsyen: LetsGoDigital


Menurut imej rekaan yang didedahkan, peranti tersebut bukanlah lutsinar sepenuhnya. Peranti ini juga dikatakan akan membolehkan pengguna untuk mengubahsuai tahap lutsinarnya.

Sebagai sebuah syarikat yang turut membangunkan panel skrin telefon pintar, ia adalah tidak mustahil untuk LG membangunkan peranti sedemikian.

Malah, mereka juga pernah mempertontonkan panel OLED lutsinar semasa acara ISE 2019 di Amsterdam, Belanda tempoh hari.

https://youtu.be/-Owze8dBuZw

Akan tetapi, pemerhati industri berpendapat bahawa kita tidak akan dapat melihat peranti tersebut dalam masa terdekat.

Andai ia benar-benar dilancarkan, adakah anda ingin memiliki peranti boleh lipat lutsinar ini jika diberi peluang? Seperti biasa, kongsikan bersama kami.

 

Sumber: LetsGoDigital