Namun, tidak semua rekaan paten yang telah didaftarkan akan dibangunkan sebagai sebuah produk akhir.
Terbaru, syarikat dari Korea, LG telah menfailkan rekaan paten unik iaitu sebuah peranti boleh lipat lutsinar dan rekaan tersebut telah dikesan oleh LetsGoDigital.
Menurut imej rekaan yang didedahkan, peranti tersebut bukanlah lutsinar sepenuhnya. Peranti ini juga dikatakan akan membolehkan pengguna untuk mengubahsuai tahap lutsinarnya.
Sebagai sebuah syarikat yang turut membangunkan panel skrin telefon pintar, ia adalah tidak mustahil untuk LG membangunkan peranti sedemikian.
Malah, mereka juga pernah mempertontonkan panel OLED lutsinar semasa acara ISE 2019 di Amsterdam, Belanda tempoh hari.
https://youtu.be/-Owze8dBuZw
Akan tetapi, pemerhati industri berpendapat bahawa kita tidak akan dapat melihat peranti tersebut dalam masa terdekat.
Andai ia benar-benar dilancarkan, adakah anda ingin memiliki peranti boleh lipat lutsinar ini jika diberi peluang? Seperti biasa, kongsikan bersama kami.
Sumber: LetsGoDigital
Berkaitan
- Tiba Giliran Guess Pula Memperkenalkan Jam Pintar Android Wear 2.0
- (Video) CEO Xiaomi Pertonton Rekaan Sebenar Telefon Boleh Lipat Mereka
- Mark Zuckerberg Arahkan Eksekutif Untuk Guna Peranti Android Sahaja
- Vevo Mahu Tamatkan Servis Aplikasi Android dan iOS, Mahu Lebih Fokus Kepada Empayar Youtube
- Pulangan Wang Penuh Dari Huawei Bagi Peranti Yang Gagal Jalankan Aplikasi Android Di Filipina
- OPPO Lancarkan ColorOS 6.0 Berlandaskan Android Pie Dengan Tema Terang
- Aplikasi TikTok Disekat Di India, Tidak Lagi Boleh Dimuat Turun
- Huawei Mate 20 Hampir Pasti Dilengkapi Android Pie Dari Dalam Kotak
- Imej Peranti Xiaomi BlackShark 2 Dengan Cip Snapdragon 855 Didakwa Telah Tertiris
- Pokemon Go Kini Boleh Dimainkan Menggunakan Apple Watch