Syarikat Disebalik Kamera Nokia 9 Pureview Sudah Undur Diri Dari Industri Telefon Pintar

Peminat telefon pintar pasti ingat tentang keunikan yang hadir pada Nokia 9 PureView, peranti dilengkapi dengan 5 kamera belakang. Mula menjadi buah mulut sekitar Oktober 2018, ia kemudiannya rasmi diperkenalkan pada acara MWC2019.

Nokia 9 PureView Mengalami Kelewatan Akibat Masalah Kamera - WISER.MY

Bagi penghasilan sistem penta kamera ini, jenama telefon pintar tersebut telah bekerjasama dengan Light sebuah syarikat teknologi kamera yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Menerusi kenyataan Light kepada Android Authority, mereka sudah menamatkan operasi dalam industri telefon pintar. Ini jelas menunjukkan bahawa tiada lagi pembabitanteknologi Light pada telefon pintar di masa hadapan.

Sebelum bekerjasama dengan HMD Global untuk model Nokia 9 PureView, Light mencuri tumpuan ramai pada 2015 dengan kehadiran kamera Light 16. Ia merupakan sebuah kamera kompak yang dimuatkan dengan 16 lensa dan dijual pada harga sekitar $2000 (~RM8541).



Selain itu, syarikat tersebut juga ada mengumumkan kerjasama dengan dua lagi pengeluar telefon pintar iaitu Xiaomi dan Sony.

Beli peranti Nokia di:

Lazada: https://invol.co/clp2cw

Shopee: https://invol.co/clp2cx