Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (16)

Syarikat Di Sebalik KakaoTalk Melancarkan Telefon Pintar Pertama Mereka Dinamakan Stage 5G

Diterbitkan November 5, 2019 ยท Dikemas kini November 5, 2019 oleh Meor Hasyim

Kakao, syarikat besar di sebalik servis permesejan KakaoTalk, telah melancarkan telefon pertama mereka dengan rangkaian 5G. Diberi nama “Stage 5G“, peranti itu merupakan produk hasil sebuah syarikat telekomunikasi 5G, Stage Five dengan InfoMark, sebuah syarikat pembuat peranti pintar tempatan di Korea Utara.

Syarikat Di Sebalik KakaoTalk Melancarkan Telefon Pintar Pertama Mereka Dinamakan Stage 5G

Peranti itu mempunyai skrin bersaiz 6.47 inci FHD AMOLED, dijana cip pemprosesan Snapdragon 855 bersama RAM 6GB. Terdapat 3 kamera belakang (48MP utama + 20MP ultra lebar + 8MP telefoto) dengan 20MP kamera swafoto. Bateri pula bersaiz 4,000mAh, menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4+ serta pengecasan tanpa wayar.

Syarikat Di Sebalik KakaoTalk Melancarkan Telefon Pintar Pertama Mereka Dinamakan Stage 5G

Dengan pelancarannya, peranti ini turut dimuatkan dengan servis dan aplikasi Kakao seperti KakaoPay, KakaoT, KakaoNavi serta KakaoPage. Peranti ini dijual pada harga 814,000 won iaitu sekitar RM2,917 dan hanya boleh didapati di Korea Utara sahaja.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY