Syarikat China Mahu Lancar Telefon Pintar Menfokuskan Permainan Mudah Alih Seakan PSP

Tahun 2018 boleh dianggap sebagai tahun kebangkitan bagi industri permainan video mudah alih. Para pembangun peranti juga mula menghasilkan lebih banyak model menfokuskan permainan video mudah alih bagi menarik minat pengguna.

Trend itu dilihat akan berterusan pada tahun ini. Terbaru, sebuah syarikat China, Moqi dilaporkan bakal melancarkan peranti menfokuskan permainan mudah alih mereka sendiri.



Menariknya, peranti tersebut kelihatan hampir sama dengan konsol permainan mudah alih keluaran Sony, PlayStation Portable(PSP) dan PlayStation Vita(PSV).

Telefon berkenaan didakwa akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 710, memori sebesar 6GB RAM serta 64GB simpanan dalaman.



Selain itu, antara yang menjadi tumpuan ialah bateri berkapasiti besar 6,000 mAh dan sistem alat kawalan dengan D-pad, dua batang analog serta butang kawalan terbina.

Ia akan dijalankan dengan sistem Android 8.1 Oreo, mempunyai bicu audio, port pengecasan Type-C serta menggunakan pembesar suara stereo.



Model keluaran anak syarikat Snail ini telah disenaraikan pada laman Indiegogo untuk mendapat sokongan awal dengan harga $399(~RM1642) bagi 50 pembeli terawal.

Sekiranya mendapat sambutan, peranti tersebut dijangka akan mula dipasarkan pada bulan Mac nanti.

https://youtu.be/6PrLe6LibOo

 

Sumber: Indiegogo   Android Authority