Switch Turut Tawarkan Harga Menarik Untuk Barangan Apple Sempena Jualan 12.12

Selaku pengedar sah barangan Apple di Malaysia, Switch mengambil kesempatan bersempena jualan 12.12 ini dengan menawarkan potongan harga kepada beberapa produk dari syarikat ternama itu.

Antara barangan terlibat dalam jualan 12.12 oleh Switch adalah, iPhone SE berkapasiti 16GB yang ditawarkan dibawah paras RM1000. Selain itu, turut kelihatan Macbook Pro dengan harga RM5599 dan tidak ketinggalan iPad Pro pada harga bermula dari RM1299.



Terdapat juga aksesori lain seperti fon kepala dari Beats dan untuk yang berminat, anda boleh layari laman Switch kerana jualan 12.12 ini akan bermula tepat 12 jam malam ini.

Sumber: Switch