Switch Membuat Program Pertukaran Bateri Iphone Dengan Harga RM199

Berita baik buat para pengguna Iphone  apabila Switch telah membuat satu program pertukaran bateri dengan harga RM199 dan boleh disiapkan dalam masa sehari. Pihak Switch telah memuatnaik satu poster mengenai program tersebut dan para pengguna boleh menikmati tawaran itu sehingga hujung tahun ini. Namun begitu, program ini hanya ditawarkan kepada Iphone 6, Iphone 6 Plus, Iphone 6s, Iphone 6s Plus, Iphone SE, Iphone 7, Iphone 7 Plus< Iphone 8 dan Iphone 8 Plus sahaja.



Menurut Switch lagi, untuk pertukaran bateri yang boleh disiapkan dalam masa sehari para pengguna perlu membuat temu janji sebelum pukul 12 tengah hari.

Program pertukaran bateri ini dilihat satu langkah kanan buat para pengguna Iphone 6 sehingga 8 Plus kerana pihak Apple sebelum ini telah memberi amaran kepada pengguna Iphone untuk tidak menukar bateri di kedai yang tidak diiktiraf Apple dan satu mesej akan muncul mengatakan bahawa Battery Health Iphone tersebut tidak akan dipaparkan walaupun pengguna menggantikan dengan bateri yang original.



Program ini hanya untuk Iphone yang original dan tidak pernah diservis atau diperbaiki di kedai-kedai yang tidak diiktiraf oleh Apple. Oleh itu kepada para pengguna Iphone 6 sehingga Iphone 8 Plus, jangan lepaskan peluang keemasan ini sementara stok masih ada.

Sumber: Switch