Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sweden Kini Sekat Penggunaan Jenama Huawei Dan ZTE Untuk Rangkaian 5G Di Negara Mereka

Sweden Kini Sekat Penggunaan Jenama Huawei Dan ZTE Untuk Rangkaian 5G Di Negara Mereka

Diterbitkan Oktober 21, 2020 oleh Meor Hasyim

Sweden baru-baru ini mengumukan bahawa mereka akan menyekat penggunaan jenama dari Huawei dan ZTE dari pembangunan 5G di negara mereka.

Dikatakan sekatan tersebut akan dilaksanakan secara rasmi bermula bulan hadapan. Tambahan lagi, kelengkapan rangkaian Huawei dan ZTE yang sedia ada perlu dibuang sebelum 1 Januari 2025.

Berpunca dari Amerika Syarikat, negara-negara di Eropah turut menerima tempias untuk mempertimbangkan keputusan menggunakan kelengkapan dari jenama Huawei dan ZTE atas alasan intipan dari kerajaan China.

Huawei dan ZTE masing-masing belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan Sweden tersebut. Sebelum ini, UK juga turut mengharamkan penggunaan kelengkapan dari Huawei.

Keputusan Sweden mengharamkan Huawei dan ZTE sudah tentu diperhatikan oleh negara-negara lain yang menerima kontrak membangunkan rangkaian 5G menggunakan jenama sama.

Sumber: Financial Times

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY