Swatch Bercadang Mahu Memperkenalkan Sistem Operasi Jam Pintar Mereka Sendiri

Baru-baru ini CEO Swatch, Nick Hayek telah memberitahu mereka tidak akan menggunakan kedua-dua sistem operasi Android Wear mahupun WatchOS. Nick Hayek juga berkata mereka mahu memperkenalkan jam pintar Swatch bersama sistem operasi mereka sendiri. Yeay to that!

Swatch sedang berkerjasama dengan sebuah lagi syarikat pembuat cip dari Switzerland yang didakwa mempunyai keupayaan untuk mempertingkatkan lagi keselamatan peribadi pengguna dan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Nick Hayek turut memberitahu syarikat tersebut mahu mencipta peranti jam pintar yang memfokuskan kepada bateri yang dapat bertahan sehingga 6 bulan. Swatch juga turut memperkenalkan cip Bluetooth paling kecil di dunia bersama ciri penggunaan kuasa yang rendah. So, jimat bateri.

Swatch merekodkan kemerosotan jualan selama dua tahun berturut-turut iaitu hampir 11% penurunan pada tahun lepas. Banyak pihak meramalkan strategi dan inovasi yang mahu diketengahkan oleh Swatch adalah terlalu lambat memandangkan pesaing-pesaing lain sudah berada setapak di hadapan. Well, if you never try you never know, cewahh.

Sumber

 

Berkaitan