Baca juga - Kajian: Jam Pintar Mampu Ramal Keputusan Ujian Darah
Seperti barisan SUUNTO 9 yang lain, jam tangan ini dilengkapi lebih 80 mod sukan, penjejak aktiviti, pemantauan degupan jantung, dan tinjauan cuaca. Selain itu, ia juga ada kapasiti rakaman GPS sehingga 170 jam dalam mod Tour.
Dari segi rekaan, ia memperagakan reka bentuk premium tetapi tahan lasak dengan rangka dan bezel yang ringkas.
Rekaannya ditambah baik lagi dengan reka bentuk minimalis Nordic yang lebih nipis dan ringan berbanding model SUUNTO 9 Baro.
Baca juga - Ini Harga Tempatan Bagi Jam Tangan Pintar Pertama OnePlus
Tidak habis di rekaan, jam tangan ini juga mendapat pelbagai penambahbaikan dan ciri baharu. Antaranya adalah pengukur kandungan oksigen darah, pengecasan penuh yang pantas (1 jam), dan muka jam yang baru.
Jam tangan terbaru ini tampil dalam dua varian dengan empat pilihan warna iaitu: Granite Blue Titanium & Birch White Titanium (RM3199) dan Stainless Steel All Black & Stainless Steel Moss Gray (RM2799).
SUUNTO 9 Peak boleh dibeli mulai 17 Jun ini di Lazada, Shopee, SolarTime.com, dan di semua kedai jualan adtime.
Baca juga - (Ulasan) Amazfit GTR 2e - Jam Pintar Elegan, Lebih Mampu Milik
Sumber: siaran akhbar SUUNTO
Berkaitan
- ZenBook Pro 15 Kini Di Malaysia Dilengkapi Dengan Skrin Pada Pad Sesentuh, Harga Bermula Dari RM 5,999 Hingga RM 10,999
- AMD Threadripper 2 2970WX Sudah Boleh Mula Didapati Di Negara Ini Dengan Harga Jualan Bermula Dari RM 2749
- ZenFone Max Pro M2 Rasmi Dilancarkan, Menjanjikan Peningkatan Dari Generasi Sebelumnya Dengan Harga Bermula RM859
- Huawei Mate 9 Dan P10 Akan Menerima Kemaskini Android 8.0 Oreo Tidak Lama Lagi
- Suis Papan Kekunci Aorus K9 Bermasalah Dan Tidak Dilindungi Waranti?
- narzo 30 Dengan Cip Gaming Helio G95 Dilancar Minggu Depan
- Ini Mungkin Spesifikasi Untuk Telefon OnePlus 9T Akan Datang
- Redmi 9, Harga Rendah Tapi Prestasi Gaming Puas Hati
- Overclocker Profesional Tetapkan Rekod Dunia Dengan Intel Core i9-9900K
- Razer Hammerhead True Wireless X Dilancarkan Pada Harga RM349