Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyCC Akan Perkenalkan Rejim Kawalan Penggabungan

MyCC Akan Perkenalkan Rejim Kawalan Penggabungan

Diterbitkan Julai 4, 2022 · Dikemas kini Julai 4, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) menyatakan bahawa cadangan penggabungan antara Digi Bhd (Digi) dan Celcom Axiata Bhd (Celcom) adalah diluar bidang kuasa mereka.

MyCC menjelaskan ini kerana, Akta Persaingan 2010 tidak terpakai kepada aktiviti komersial di bawah 4 sektor, termasuklah sektor telekomunikasi dan multimedia.

Walaupun Akta Persaingan 2010 terpakai kepada mana-mana aktiviti komersial di Malaysia.

MyCC 2

MyCC menekankan, penggabungan Celcom dan Digi adalah di bawah bidang kuasa MCMC yang mengawal selia penggabungan dalam sektor telekomunikasi dan perkara-perkara persaingan yang berkaitan melalui peruntukan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Namun begitu, MyCC menyatakan harapan mereka pada masa hadapan supaya permohonan penggabungan akan menjadi rujukan dan panduan utama kepada semua pihak berkuasa lain.

Ia bagi memastikan landskap dasar yang konsisten dan teguh yang akan mewujudkan kepastian dalam pasaran.

MyCC juga memaklumkan pihak mereka akan memperkenalkan rejim kawalan penggabungan di Malaysia menerusi pindaan Akta Persaingan 2010.

Sumber: MyCC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY