Turut membuat penampilan adalah, Surface Headphones, fon kepala pertama dari Microsoft. Bukan setakat itu, ia merupakan fon kepala pertama yang dilengkapi dengan pembantu maya, Cortana.
Dengan sokongan Cortana, arahan boleh diberikan secara lisan dan muzik akan terhenti sekiranya fon kepala ditanggalkan dari telinga.
Bahagian kanan boleh dipusing untuk melaras kelantangan bunyi. Sebelah kiri pula untuk melaras bunyi bising latarbelakang.
Surface Headphones, dicas melalui port USB-C dan untuk pengecasan penuh ia mengambil masa sekitar 2 jam. Difahamkan pengecasan selama 5 minit boleh memberi penggunaan hampir 1 jam.
Turut disertakan sekali adalah bicu audio untuk pengguna yang mahu bertukar kepada sokongan wayar.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=60&v=xFe_ZYtfsZg
Sumber: GizmoChina
Berkaitan
- Microsoft Membawakan Ciri Tab Untuk Aplikasi Windows 10
- Microsoft Hentikan Sokongan Windows 7 Bermula Tahun Hadapan
- Microsoft Office 2019 Hanya Boleh Beroperasi Pada Windows 10 Sahaja
- Windows Ada Dua Kelemahan Kritikal, Microsoft Menggesa Pengguna Kemaskini Secepat Mungkin
- Microsoft Hentikan Sokongan Utama Untuk Windows 8.1
- Microsoft Bangunkan Konsep Alat Kawalan Permainan Untuk Telefon Pintar
- Pra-Tempah Surface Pro 2017 Sudah Mula Di Buka, Harga Bermula Dari RM3,699
- Microsoft Bakal Lancar Xbox Dengan Grafik 8K Dan SSD Pada 2020
- Lenovo Akan Memasang Aplikasi Microsoft Office,Skype dan OneDrive Di Dalam Peranti Android Mereka
- Microsoft Naikkan Storan Minimum Untuk Windows 10 Dari 12GB Kepada 32GB