Surface Book 3 Kini Boleh Dipra-Tempah Berharga RM7788 Di Malaysia, Surface Go 2 Pula RM1955

Microsoft hari ini mengumumkan bahawa Surface Book 3 dan Surface Go 2 kini telah boleh dipra-tempah untuk pengguna di Malaysia. Kedua-dua model ini membawakan spesifikasi yang dikemaskini berbanding model sebelumnya.

Surface Book 3


Untuk Surface Book 3, ia tersedia dalam model 13 inci ataupun 15 inci, RAM sehingga 32GB, storan SSD 1TB, dan grafik Nvidia GeForce GTX 1660 Ti.

Ini merupakan harga jualan Surface Book 3 di Malaysia:

  • 13 inci / Intel i5 / 8GB RAM / 256GB SSD / Intel Iris Plus - RM7,788

  • 13 inci / Intel i7 / 16GB RAM / 256GB SSD / GTX 1650 Max-Q - RM9,688

  • 13 inci / Intel i7 / 32GB RAM / 512GB SSD / GTX 1650 Max-Q - RM11,688

  • 15 inci / Intel i7 / 8GB RAM / 512GB SSD / GTX 1660 Ti - RM13,088



Surface Go 2


Surface Go 2 pula ditawarkan dalam pilihan cip pemprosesan bermula Intel Pentium Gold ataupun cip lebih berkuasa Intel Core m3, RAM sehingga 8GB, dan storan dalaman sehingga 128GB SSD.

  • Pentium Gold / 4GB / 64GB eMMC - RM1,955

  • Pentium Gold / 8GB / 128GB SSD - RM2,655

  • Intel Core m3 / 8GB / 128GB SSD LTE - RM3,455




Untuk pra-tempah kedua-dua produk Microsoft ini, anda boleh dapatinya di Shopee dan juga Lazada.

Dari: Microsoft Malaysia

 

 

Berkaitan