SuperVooc 65W Dilihat Mengecas Penuh Bateri 4000mAh Hanya Dalam Tempoh 30 Minit

 

Setelah Oppo mengumumkan peranti terbarunya Oppo Reno bakal hadir dengan pengecasan pantas SuperVOOC 65W, hari ini Oppo sekali lagi membuat "teaser" tentang keupayaan pengecasan pantas pada peranti terbarunya itu di laman Weibo yang memaparkan keupayaan pengecasan penuh dalam masa kurang 30 minit.

Ia juga membandingkan dengan teknologi pengecasan VOOC 3.0 yang hanya mampu mengecas sebanyak 39$ pada waktu yang sama.

https://www.youtube.com/watch?v=CaEeYo6vcPo

Ujian ini jelas menunjukkan kepantasan pengecasan SuperVOOC apabila Oppo Reno Ace bermula dari 10%, manakala peranti yang diuji bersama mempunyai peratusan yang lebih rendah. Dengan hanya mengambil masa kurang dari 30 minit, ia sudah dicas penuh jauh meninggalkan pesaingnya. Ini membuktikan kejayaan Oppo dalam memperkenalkan teknologi SuperVOOC yang belum ada pada peranti-peranti yang lain di pasaran.



Oppo Reno Ace dijangka mempunyai bateri berkapasiti 4,000 mAh dan skrin dengan kadar segar semula 90 Hz, yang mana bakal menjadi peranti pertama Oppo yang menggunakkan teknologi ini. Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi pada 10 Oktober ini pada satu majlis yang akan diadakan di China.