Supersaf Dan MKBHD Menilai Perbezaan Kamera Google Pixel 4XL Dengan Iphone 11 Pro Max

Pengulas gajet terkenal dari Britain, Safwan Ahmadmia atau lebih dikenali sebagai Supersaf baru-baru ini telah memuatkan video terbarunya di Youtube yang bertajuk "Pixel 4XL vs Iphone 11 Pro Max Camera Test Comparison feat MKBHD".


Kredit : Supersaf


Video perbandingan kamera kali ini agak menarik kerana beliau menjemput MKBHD seorang pengulas gajet terkenal untuk bersama-sama membuat ulasan tentang keupayaan kamera kedua peranti tersebut.


Kredit : Supersaf


Pada gambar pertama, MKBHD dikehendaki meneka gambar tersebut dan beliau mengatakan bahawa gambar di sebelah kanan merupakan gambar Iphone kerana gambar-gambar hasil kamera Iphone sebelum ini agak warm. Namun tekaannya salah kerana gambar sebelah kiri merupakan gambar dari Iphone 11 Pro Max dan gambar sebelah kanan merupakan gambar dari Google Pixel 4XL. Menurut beliau kedua=dua gambar ini mempunyai dynamic range yang tinggi dan jelas.


Kredit : Supersaf


Gambar kedua pula memperlihatkan keupayaan zum bagi kedua-dua peranti dan menurut MKBHD dan Supersaf, Google Pixel 4XL menghasilkan imej yang lebih jelas dan kurang noise dengan menggunakkan super res zoom pada lensa telefotonya. Manakala gambar yang dihasilkan oleh Iphone 11 Pro Max pula ada sedikit noise pada bahagian pokok dalam gambar berkenaan.


Kredit : Supersaf


Bagi gambar seterusnya memperlihatkan kekurangan pada kamera Google Pixel 4XL. Kedua peranti menghasilkan imej yang terbaik dengan menghasilkan ketepatan warna dan dynamic range yang tinggi. Namun, dengan ketiadaan lensa sudut ultra lebar menjadi kelebihan buat Iphone 11 Pro Max dengan mempunyai kualiti imej yang sama antara lensa sudut lebar dengan lensa ultra sudut lebar.


Kredit : Supersaf


Seterusnya ialah hasil imej kedua-dua peranti pada pada waktu malam. Kedua-dua peranti mempunyai mod waktu malam dan hasilnya agak mengejutkan MKBHD kerana imej yang dihasilkan oleh Iphone 11 Pro Max lebih jelas dan kurang noise. Menurut beliau juga mungkin Google Pixel 4 terlalu memfokuskan langit kerana peranti ini mampu mengambil gambar langit dengan mod astrophotography sehingga hilang kejelasan pada subjek yang lain.


Kredit : Supersaf


Begitu juga dengan imej ini di mana Supersaf juga bersetuju bahawa kemampuan kamera Iphone 11 Pro Max dalam mod gelap amat menakjubkan. Beliau juga mengakui ia juga bergantung kepada situasi dan kadangkala gambar mod gelap yang dihasilkan oleh Google Pixel 4XL lebih jelas dan baik berbanding Iphone 11 Pro Max.


Kredit : Supersaf


Dari segi imej potrait, MKBHD mengatakan bahawa imej potrait yang dihasilkan oleh Google Pixel 4XL dilihat lebih jelas dan mempunyai kontras yang lebih baik jika dibandingkan dengan imej potrait Iphone 11 Pro Max yang juga agak baik dan sedikit warm.

 


Kredit : Supersaf


Supersaf juga mengakui imej potrait yang dihasilkan oleh Google Pixel 4XL lebih baik namun, Iphone 11 Pro Max mempunyai kelebihan kerana pengguna boleh memilih jenis imej potrait sama ada dari lensa sudut lebar mahupun lensa telefoto. Menurut Supersaf juga dengan menggunakkan lensa telefoto,50mm seperti Iphone 11 Pro Max kerana ia lebih natural.


Kredit : Supersaf


Bagi imej dari kamera hadapan pula, MKBHD memilih imej yang duhasilkan oleh Google Pixel 4XL kerana ia mempunyai imej yang lebih saturated, lebih jelas dan tajam berbanding imej dari Iphone 11 Pro Max.


Kredit : Supersaf


Manakala bagi imej potrait kamera hadapan pula dilihat kedua-dua peranti menghasilkan imej yang menakjubkan. Menurut MKBHD imej potrait yang dihasilkan Iphone 11 Pro Max mempunyai detail yang lebih jelas terutamanya pada bahagian rambut berbanding Pixel 4XL


Kredit : Supersaf


Dari segi kualiti video kamera hadapan, MKBHD memilih video Iphone 11 Pro Max kerana ia kelihatan lebih stabil dan mampu merakam dengan kualiti 4K 60fps berbanding Google Pixel 4XL yang hanya mampu merakam dengan kualiti 1080p sahaja. Supersaf turut bersetuju dan beliau menambah bahawa video kamera hadapan yang dihasilkan oleh Iphone 11 Pro Max mempunyai Dynamic Range yang tinggi kerana mampu mengekalkan awan di belakang.


Kredit : Supersaf


Bagi kualiti video belakang, kedua-dua mereka bersetuju bahawa kualiti video yang dihasilkan oleh Iphone 11 Pro Max dari segi stabiliti, zum dan warna jauh lebih baik berbanding Google Pixel 4XL. Menurut MKBHD juga, Iphone 11 Pro Max mempunyai kelebihan kerana mampu merekod video dengan menggunakkan lensa ultra sudut lebar.


Kredit : Supersaf


Kesimpulannya, bagi gambar waktu siang, kedua-dua mereka memilih Google Pixel 4XL namun Iphone 11 Pro Max mempunyai kelebihan dari segi lensa ultra sudut lebar. Manakala bagi gambar waktu malam, mereka memilih Iphone 11 Pro Max. Bagi imej potrait pula, mereka memilih Google Pixel 4XL, begitu juga dengan kamera hadapan di mana mereka memilih peranti terbaru keluaran Google itu. Bagi kategori video pula, sememangnya Iphone 11 Pro Max lebih baik dan mereka juga mengakui kualiti video peranti mercu Apple itu adalah yang terbaik di dalam pasaran telefon pintar.


Jika dipilih untuk kegunaan harian untuk kamera, kedua mereka memilih Iphone 11 Pro Max kerana mempunyai pelbagai fungsi berbanding Google Pixel 4XL.

Sumber : Supersaf