Superkomputer Cray Shasta Milik Tentera Laut AS - CPU Sebanyak 290,304 Teras, 590TB RAM Dan 14PB Ruangan Storan

Untuk membangunkan sebuah superkomputer, ia memerlukan perkakas yang sangat berkuasa. Pihak tentera laut AS nampaknya telah menempah CPU EPYC dari AMD khas untuk dimuatkan dalam superkomputer mereka.

Kapsyen: CPU AMD EPYC


Superkomputer itu dinamakan Cray Shasta dan ia digunakan untuk bahagian Department of Defense Supercomputing Resource Center (DSRC). Superkomputer itu mempunyai prestasi yang sangat berkuasa. Ia mampu untuk beroperasi pada 12.8 PetaFLOPS.

Untuk spesifikasi lain Cray Shasta:

  • CPU - AMD EPYC ROME berjumlah 290,304 teras

  • GPGPU - 112 unit NVIDIA Volta V100

  • RAM - 590TB

  • Storan - 14Petabyte termasuk 1Petabyte SSD NVMe

  • Rangkaian - 200Gbps


Dengan teras EPYC dari AMD, ia akan membantu superkomputer lebih pantas untuk menjana model cuaca, meningkatkan ketepatan tahap ribut dan juga tahap ramalan seperti cuaca, iklim dan juga lautan. Cray Shasta ini dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun fiscal 2021 nanti.

Sumber: Data Center Dynamics

Berkaitan