Selepas 3 bulan dikeluarkan hanya untuk peranti iOS, kini para pengguna Android boleh merasai permainan yang sama dengan peranti mereka.
Pengumuman telah dibuat oleh akaun Twitter Nintendo Amerika Syarikat yang mana mereka mengesahkan tarikh pelancaran Super Mario Run tersebut.
Android version of #SuperMarioRun will be available on 3/23 with the Ver.2.0.0 update! Pre-register now: https://t.co/dAxzTlppnG pic.twitter.com/nQ0T4znOBt
— Nintendo of America (@NintendoAmerica) March 18, 2017
Syarikat itu turut menambah, Super Mario Run bagi Android ini akan disertakan sekali dengan kemaskini 2.0. Dalam kemaskini tersebut beberapa karakter akan ditambah.
Mungkin anda tertanya-tanya adakah Super Mario Run akan dimainkan serupa sepertimana ia dimainkan di konsol.
Ya, sama seperti konsol, ia berlari disepanjang latar belakang 2D dan dengan halangan-halangan yang pasti mencabar kesabaran anda ketika bermain.
Bagi platform iOS, Super Mario Run telah dimuat turun lebih 78 juta kali sejak ia pertama kali dilancarkan awal Januari 2017 yang lalu.
Muat turun Super Mario Run untuk iOS anda.
Sumber: Twitter Nintendo
Berkaitan
- Sebanyak 274 Unit Android Box Tidak Diperakui Dirampas SKMM
- Video YouTube Pada iOS Boleh Dimainkan Dengan Paparan Penuh Secara Menegak
- [Video] IOS 11 Mungkin Akan Didatangkan Dengan Fungsi Smart Invert
- Cara Memuat Turun Serta Memasang Kemaskini IOS 10
- Senarai Telefon Xiaomi Yang Akan Terima Kemaskini Android Oreo Dan Pie Hujung Tahun Ini
- Honor 8 Tidak Akan Dapat Kemaskini Android Oreo 8.0
- Google Fuchsia - Mungkinkah Ia Bakal Menggantikan Android?
- Selepas Pixel, Android Q Akan Datang Lebih Awal Kepada Beberapa Model Huawei Dan HONOR
- Tamagotchi Versi Baru Boleh Dimainkan Pada Android Dan iOS Bermula 2018
- Android 9 Pie Versi Beta Untuk Xiaomi Mi A2 Mula Kelihatan Di Internet