Super Mario Run Hadir Untuk Peranti Android Mac Ini

Nintendo hari ini telah mengesahkan permainan Super Mario Run akan hadir untuk platform Android pada bulan March ini, Super Mario Run dilancarkan seperna dengan pelancaran iPhone 7 pada September lepas. Permainan Super Mario Run ini juga hanya boleh dimainkan di peranti iOS sahaja ketika ini. Kesian Android, selalu lambat.

Kini permainan dari Nintendo ini sudah berada didalam senarai Google Playstore namun masik tidak boleh dimuat turun buat masa ini. Kepada peminat Super Mario, anda boleh pra-daftar di Playstore untuk mendapat 'alert' apabila ianya sudah boleh dimuat turun. Pengguna iOS ketika ini perlu membayar sebanyak $10 untuk meneruskan ke 'level' seterusnya.

gsmarena_001

Super Mario Run. Permainan telefon pintar kedua yang dibangunkan oleh Nintendo nampaknya mendapat sambutan hangat dari pengguna serata dunia kerana lebih 40 juta kali dimuat turun bagi versi percuma di iOS. Lebih tinggi berbanding Pokemon Go iaitu 30 juta muat-turun.

Dari segi menjana keuntungan pula, kedua-dua aplikasi permainan ini adalah percuma untuk dimuat turun (untuk permulaan), dimana Pokemon Go bergantung kepada pembelian dalam aplikasi. Super Mario Run pula menawarkan pembelian untuk meneruskan ke 'level' seterusnya sahaja. Tiada pembelian dalam aplikasi untuk permainan Super Mario Run buat masa ini.

Sumber: The Forbes