"SunPal" - Koleksi Musim Panas, Kerjasama Antara adidas Dan Palace

koleksi sunpal

Sekali lagi, adidas dan Palace bekerjasama untuk mengeluarkan satu lagi koleksi rangkaian pakaian. Hasil kerjasama antara adidas dan Palace ini dinamakan "SunPal" dan merangkumi koleksi pelbagai barangan musim panas yang sangat menarik.

https://twitter.com/PALACELONDON/status/1292489932439785472

adidas yang terkenal dengan barangan sukan seperti bola sepak, menampilkan koleksi "SunPal" yang sporty seperti jersi bola sepak dan crewneck. Sesuai dengan musim panas, barang keperluan percutian juga disertakan dalam koleksi ini seperti poncho, seluar pendek, dan juga gogal.



Ada juga topi dalam reka bentuk yang versatil, yang membolehkan pemakai memasang atau membuka bahagian atas topi. Selain itu, koleksi ini juga menawarkan tuala pantai yang berwarna kuning terang sesuai dengan tema percutian musim panas.

"SunPal" akhirnya dilengkapkan dengan kasut air yang dikeluarkan dalam dua warna, iaitu biru dan jingga, yang akan dikeluarkan berasingan dari rangkaian "SunPal".



Koleksi ini akan mula dijual di laman web Palace serta lokasi-lokasi terpilih seluruh dunia pada 14 Ogos. Anda juga boleh layari laman rasmi adidas untuk maklumat lebih lanjut.

Sumber: Hypebeast & Modern Notoriety

Baca lagi: adidas Golf Superstar Akan Berada Di Pasaran Bermula 17 Ogos

Berkaitan