Sukan SEA 2019 - Wkyew Sumbang Emas Pertama E-sukan Melalui Hearthstone

Pemain professional e-sukan Hearthstone, Dr. Yew Weng Kean (Wkyew) mencipta sejarah sebagai rakyat pertama Malaysia yang memenangi pingat emas untuk kategori e-sukan pada Sukan SEA 2019 hari ini.

Beliau yang juga merupakan Professor Madya di Heriot-Watt University Malaysia‎ muncul juara setelah mengalahkan pemain Thailand, Popian Werit 3-1 pada perlawanan akhir acara tersebut selepas keluar dari kumpulan bawahan (Lower Bracket).

Terlebih dahulu, beliau dikeluarkan dari kumpulan atasan (Upper Bracker) akibat tewas kepada pemain Singapura, Chew Khai Kiat. Namun, beliau berjaya membalas dendam kepada pemain yang sama apabila memenangi perlawanan kumpulan bawahan akhir 3-1.

Ia merupakan pingat kedua yang dimenangi oleh Malaysia menerusi acara e-sukan selepas pingat gangsa yang diperoleh oleh pasukan Mobile Legends: Bang Bang pada hari Ahad. Manakala pasukan Arena of Valor hanya menduduki tempat keempat.

Permainan lain yang dipertandingkan pada kejohanan Sukan SEA 2019 adalah StarCraft II, Dota 2, dan Tekken 7.

 

Berkaitan