Pengumuman Penting: Celcom mengajak semua rakyat Malaysia untuk berada di rumah dan mengamalkan pengasingan sosial (social distancing) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Pada malam Isnin yang lepas, Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan akan mula dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Bagi yang tidak mempunyai sebarang urusan penting, anda dinasihatkan supaya berada dirumah untuk memastikan penularan Covid-19 tidak berleluasa. Sebahagian perkhidmatan dibuka secara dalam talian sahaja dan kebanyakan daripada kita melakukan tugasan pejabat daripada rumah.

Ini secara tidak langsung meningkatkan penggunaan data internet dan mungkin tidak mendatangkan masalah bagi mereka yang mempunyai WiFi di rumah. Namun, bagaimana untuk pengguna yang bergantung penuh pada data mudah alih?

Diatas rasa tanggungjawab dan prihatin dengan apa yang sedang melanda negara ketika ini, Celcom selaku pengendali rangkaian berbesar hati membuat beberapa penawaran untuk pengguna mereka.

IKLAN

1. Celcom mahu anda kekal sihat dengan berada di rumah

Percuma akses dan panggilan ke KKM dan CPRC – Memandangkan semua berada dalam situasi yang tidak dibenarkan untuk meninggalkan rumah tanpa urusan, Celcom memberikan panggilan serta akses percuma kepada talian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), cawangan Jabatan Kesihatan Negeri, laman web berkaitan dan Talian Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Senarai talian kami lampirkan dibawah.

WhatsApp tanpa had – Selain itu, komunikasi melalui aplikasi WhatsApp seperti hantaran teks, panggilan suara dan panggilan video ditawarkan secara percuma.

Microsoft 365 tanpa had – Memudahkan lagi pengguna yang perlu bekerja dari rumah, akses data tanpa had Microsoft Office 365 turut diberikan. Celcom tidak menyediakan perisian percuma tetapi tiada data dicaj oleh pengguna apabila mengakses Office 365.

Hal ini dapat memastikan pengguna tiada masalah untuk berkomunikasi sama ada untuk berhubung dengan KKM, CPRC, PKP, keluarga mahupun untuk urusan pejabat.

Tawaran ini boleh dinikmati semua pengguna, sama ada pra-bayar mahupun pasca-bayar.

2. Penggunaan tanpa had dari jam 8 pagi sehingga 6 petang

Panggilan dan akses percuma WhatsApp dan Microsoft 365 diatas tertakluk pada tempoh 8 pagi ke 6 petang sehingga 14 April 2020.

Ini tidak melibatkan panggilan dan akses kepada talian serta laman web KKM dan CPRC dan PKP, bermakna ia percuma pada bila-bila masa sehingga tamat Perintah Kawalan Pergerakan ini.

3. Pengguna Celcom Xpax

Celcom sebelum ini menawarkan pas internet tanpa had Ultra Hour kepada pengguna Xpax pada kadar RM2 bagi 3 jam. Tetapi kini, tempoh tersebut telah digandakan kepada 6 jam dan tawaran bermula pada jam 8 pagi sehingga 6 petang. Ia hanya ditawarkan secara eksklusif pada aplikasi Celcom Life.

4. Pengguna pasca-bayar sahaja

Sebagai pengguna pasca-bayar, Celcom berbesar hati untuk menyediakan anda dengan potongan 50%. Potongan ini melibatkan pas internet tanpa had dan pengguna baru serta MNP bagi pelan keluarga Celcom MEGA. Tawaran ini dibuat secara eksklusif pada Celcom Online Shop.

5. Pakej hiburan Walla

Bagi memastikan anda tidak kebosanan dan terus kekal untuk berada di rumah, Celcom tampil menawarkan pakej hiburan Walla yang boleh dilanggan pengguna.

Diingatkan bahawa kesemua penawaran ini dibuka sehingga 14 April 2020 iaitu selari dengan tarikh tamat Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytiharkan Isnin lalu.

Anda yang berminat boleh aktifkan dan langgan secara dalam talian. Pengguna cuma perlu akses daripada laman web rasmi Celcom (Support atau Personal), Celcom Online Shop atau aplikasi Celcom Life untuk Android dan iOS.

Tidak dilupakan, Celcom turut menawarkan pulangan tunai ketika tambah nilai kredit atau internet Celcom Xpax.

Pulangan tunai sebanyak 10% akan dimasukkan pada e-dompet Boost. Dengan ini anda tidak perlu keluar rumah untuk membeli tambah nilai, cukup hanya pembelian melalui e-dompet Boost.

Untuk maklumat lanjut dan cara mendapatkan pulangan tunai, anda boleh rujuk artikel ini – Anda Pengguna Celcom Xpax? Ini Cara Dapatkan Pulangan Tunai Ketika Tambah Nilai Kredit Atau Internet

Tidak perlu perlu pergi ke pusat khidmat pelanggan Celcom ya. Seperti yang telah disebutkan diatas, berikut merupakan senarai laman web dan talian ke KKM, CPRC dan PKP.

  • Laman rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Talian Perintah Kawalan Pergerakan (03-88882010)
  • Khidmat nasihat kesihatan maya
  • Pusat Kesiapsiagaan Dan Tindak Cepat Krisis (CPRC)
    • 03-88810200,
    • 03-88810600
    • 03-88810700
  • Cawangan Jabatan Kesihatan Negeri
    • Perlis
      • 04-9760712
    • Kedah
      • 04-7741174
    • Pulau Pinang
      • 04-2629902
    • Perak
      • 05-2433962
    • Selangor
      • 03-51237366
      • 03-51237367
    • WP Kuala Lumpur & Putrajaya
      • 03-26983757
      • 03-22687301
    • Negeri Sembilan
      • 06-7641326
    • Melaka
      • 06-2345999
      • 06-2883019
    • Johor
      • 07-238 2217
    • Pahang
      • 09-570 7910
      • 09-570 7914
      • 09-570 7909
    • Terengganu
      • 09-6229775
      • 09-6353752
    • Kelantan
      • 09-747 2089
    • Sabah
      • 088-219455
      • 088-512531
      • 088-512533
    • Sarawak
      • 082-443248
    • WP Labuan
      • 087-596160

*Artikel ini dibawakan oleh Celcom