Suka Ambil Gambar, Bermakna Anda Suka Telefon Ini

Mula dilancarkan 2019 yang lalu, Reno adalah siri dari OPPO yang memfokuskan kepada keupayaan kamera. Diwaktu pengenalan model terawal, ia hadir dengan reka bentuk menarik seperti tawaran kamera terangkat seakan sirip jerung.



Itu dahulu, dimana sekarang ini rekaan tersebut mungkin sudah tidak lagi relevan dimata pengguna. Tetapi ada satu perkara yang masih dikekalkan sehingga ke hari ini. Apa yang dimaksudkan adalah prestasi kamera untuk pencinta fotografi dan videografi.



Banyak fungsi dan ciri yang dilengkapkan pada sistem kamera model terkini, dan untuk itu mari kita lihat satu persatu apa yang ada pada OPPO Reno 5F, tawaran terbaru OPPO di Malaysia.

AI Color Potrait Video


Dalam penghasilan video menarik untuk menagih like di media sosial, anda perlukan lebih usaha. Komposisi video, subjek dan latarbelakang yang menarik antara perkara yang perlu diberikan perhatian.

Kapsyen: Hanya subjek sahaja kekal berwarna dengan latarbelakang bertukar menjadi hitam putih.


Jangan lupa juga pada warna. Ada yang gemar untuk menyunting warna video pada aplikasi pihak ketiga. Namun dengan fungsi AI Color Potrait Video, tidak perlu susah payah untuk menggunakan aplikasi lain.

https://youtu.be/O7WVzT9d9DI

Fungsi ini membolehkan subjek dan latarbelakang dipisahkan dengan baik sekali. Contohnya rakan anda sebagai subjek, ia akan kekal berwarna sementara latarbelakang dibiarkan dengan kesan hitam putih. Ini menjadikan subjek lebih menonjol dan menarik untuk dilihat.

AI Potrait Color Video menyokong rakaman resolusi 720p pada kadar 30 fps dan ia boleh diakses dari kamera depan dan belakang.

Dual-View Video


Seringkali kita lihat perakam video membelakangi subjek atau latarbelakang, sambil tangan diangkat seperti orang yang mencari rangkaian selular.

Beliau mungkin terlepas aksi menarik jika mahu bercakap dengan kamera kerana tidak memandang kearah tempat yang dirakam, contohnya ketika berada di konsert. Kita sedar bahawa ekspresi muka adalah satu perkara penting untuk menterjemahkan sesuatu keadaan.

Jadi untuk memudahkan anda sebagai pengguna merakam bahagian depan dan belakang secara serentak, Dual-View Video dimuatkan pada OPPO Reno 5F.

https://youtu.be/IjjfaprVTME

Paparan dua hala dirakam secara terus. Anda boleh pilih paparan perakam diletakkan di atas, bawah ataupun bersebelahan. Rupa bentuknya pun boleh diubah antara petak dan bulat, sama seperti ciri perbualan video di WeChat.

Selain itu, anda boleh gerakkan paparan wajah perakam ke mana-mana bahagian untuk memastikan rakaman talaan hadapan tidak terganggu.

https://youtu.be/_j8XiZZnYPA

Bayangkan anda berada di parti harijadi, birthday boy atau girl mesti kena rakam, tapi takkan anda tak masuk sekali, betul? Aktifkan sahaja Dual-Video Video.

Monochrome Video


Satu lagi fungsi yang untuk anda bermain dengan warna. Mudah kata lebih kurang seperti fungsi AI Color Potrait Video. Tetapi apa yang berlainan adalah anda boleh pilih warna apa yang mahu dipaparkan.

Kapsyen: Tonjolkan subjek dengan warna pilihan antara hijau, merah dan biru.


Ambil senario anda berada di taman bunga yang terbentang luas. Anda boleh pilih salah satu antara tiga warna yang disokong pada ciri ini. Tiga warna tersebut adalah merah, hijau dan biru.

https://www.youtube.com/watch?v=bJqr8vrQjDw&ab_channel=THEARV

Di sini bermaksud, jika anda pilih biru hanya bunga biru sahaja akan kelihatan berwarna, yang lain akan jadi hitam putih. Begitu juga dengan dua lagi pilihan warna. Nampaklah sikit kreativiti video yang diambil.

Rupa bentuk


Cukup dalaman kita lihat pada luaran. OPPO Reno 5F disediakan dengan dua warna pilihan yang sangat menarik, Fluid Black dan Fantastic Purple. Rupa parasnya kelihatan moden dan sekiranya dilihat lebih dekat, ia mempunyai perincian yang menyerlahkan perbezaannya dengan rekaan peranti lain.



Menurut OPPO, panel belakang dihasilkan dari kemasan matte yang digabungkan bersama tekstur berkaca untuk menampilkan perubahan warna bahagian tersebut.

Cakap sahaja mungkin tidak mencukupi, anda perlu pegangnya OPPO Reno 5G untuk tatap kecantikan dan pilihan warna tersebut.



Ditambah pula dengan kerangka yang nipis, ia membuat pegangan tangan lebih kemas dibuat. Tidak terasa tebal bila disimpan didalam poket kerana telefon ini hanya setebal 7.8mm dan seberat 172g sahaja. Penggunaan satu tangan untuk tempoh panjang tidak membawa masalah. Takde rasa lenguh.



Walaupun nipis, ia tidak memperjudikan komponen dalaman, lebih-lebih lagi ciri penyejukan. OPPO Reno 5F dilengkapkan bersama lapisan grafit setebal 0.1mm bagi memastikan sistem pelepasan haba berjalan dengan baik.

Ciri lain


Bagi anda yang gemar bermain game didalam telefon, usah khuatir permainan anda terganggu. Ciri Game Focus Mode membantu dimana setiap notifikasi dan panggilan masuk boleh disekat.

Kapsyen: Game Focus Mode didalam aplikasi Game Space


Ok, kalau masih mahu notifikasi masuk, ada ciri Bullet Screen Message. Hanya notifikasi penting boleh ditatal untuk pastikan anda tidak terlepas mesej isteri meminta anda memberikan beras.

Banyak lagi fungsi lain yang boleh dimatikan melalui ciri ini dimana OPPO mahu pastikan pengalaman bermain anda lebih baik.

Terdapat juga ciri Quick Startup. Ini bermaksud anda tidak perlu tunggu lama untuk membuka game. Tak perlu tugu logo dan apa jua paparan yang biasa anda lihat. Hanya perlu sekitar 1 saat sahaja untuk membuka setiap permainan.

Prestasi


Zaman 2021 ini semua benda nak laju, termasuklah ketika cas bateri telefon pintar. Untuk itu, OPPO Reno 5F disediakan dengan pengecasan pantas 30W Flash Charge 4.0. Anda hanya perlukan masa kurang dari sejam untuk penuhkan kapasiti bateri pada telefon pintar ini.

Kapsyen: Pengecasan pantas 30W Flash Charge 4.0 dapat penuhkan bateri 4310mAh dalam tempoh kurang 1 jam.


Kalau tak sempat cas lama, 5 minit sudah memadai untuk dapatkan masa perbualan telefon selama 3.2 jam, atau 1 jam melayari Instagram atau 2.9 jam untuk tonton video di YouTube.

Sekiranya anda gemar cas telefon sebelum tidur, usah khuatir OPPO ada melengkapkan ciri Battery Guard untuk pengecasan sepanjang malam.

Dari segi pemprosesan pula, OPPO Reno 5F dikuasakan oleh cip MediaTek Helio P95, dan memori RAM 4GB. Setiap khazanah digital anda boleh disimpan dalam memori antara 64GB atau 128GB.

Berita baik kepada anda yang memiliki dua nombor, OPPO Reno 5F menyediakan sokongan 4G untuk kedua-dua kad SIM.

Berminat untuk beli?


Dengan apa yang ditawarkan pada OPPO Reno 5F, anda mungkin rasakan ia sudah memadai dengan gaya penggunaan masa kini.



Sekiranya anda sudah membuat keputusan untuk menjadikan telefon ini sebagai peneman fotografi, boleh dapatkan OPPO Reno 5F dari OPPO Store dan pengedar sah OPPO Malaysia seluruh negara. Tak mahu keluar rumah? boleh juga beli secara dalam talian di OPPO Online Store, Lazada ataupun Shopee.



OPPO Reno 5F dijual pada tanda harga RM 1199. Jadi tunggu apa lagi? Anda mahukan gambar terbaik, anda mahukan OPPO Reno 5F.

*Artikel ini dibawakan oleh OPPO Malaysia