Suis Papan Kekunci Aorus K9 Bermasalah Dan Tidak Dilindungi Waranti?

Papan kekunci mekanikal merupakan barangan PC yang mempunyai tag harga yang agak tinggi mengikut ciri-ciri yang ditawarkan. Papan kekunci jenis ini boleh mencapai harga jualan sehingga RM 949 yang dijual Razer untuk Huntsman Elite. Aorus, satu jenama di bawah Gigabyte juga menawarkan papan kekunci mekanikal mereka sendiri iaitu Aorus K9 Optical yang menggunakan jenis suis optikal dari Flaretech. Suis optikal merupakan jenis suis baharu yang memanfaatkan titik pengaktifan menggunakan cahaya berbanding sebelum ini yang menggunakan titik sentuhan logam.



Suis jenis ini dikatakan dapat memberi jangka hayat lebih tinggi berbanding suis tradisional selain memberikan tindak balas suis yang lebih cepat. Namun, satu kiriman di group Facebook Malaysia Mechanical Keybard telah berkongsi masalah yang dihadapi oleh pengguna papan kekunci Aorus K9. Kirman tersebut memaparkan permasalahan mengenai stem suis mekanikal yang telah patah untuk papan kekunci yang digunakan dalam tempoh sebulan.

Kapsyen: Imej Dari Facebook Malaysia Mechanical Keyboard


Perumitan terjadi apabila penjual papan kekunci tersebut termasuk Gigabyte Malaysia tidak mahu menggantikan kerosakan dengan waranti mereka. Gigabyte memeberi alasan yang kerosakan terjadi disebabkan pengguna itu sendiri.



Masalah ini berpunca dari suis itu sendiri yang dibuat oleh Flaretech dan bukannya dari PCB. Lebih mengejutkan, dengan harga melebihi RM 500, kos terbesar untuk papan kekunci mekanikal datang dari suis itu sendiri. Sangat mengecewakan jika dengan harga sebegitu, binaan suis itu tidak dapat menahan aktiviti asas seperti mencabut dan memasang keycaps untuk tujuan pembersihan.

https://www.youtube.com/watch?v=qA5q48oyjWE

Permasalahan sama turut dihadapi oleh pengguna luar negara seperti video YouTube di atas. Untuk melihat perbincangan tersebut, sila buka pautan di SINI.

Sumber: Malaysia Mechanical Keyboard, Pokde.net