Lihat saja pada senarai telefon yang terjual paling banyak sepanjang masa, kebanyakkannya adalah dari jenama berasal dari Finland itu.
Bila mana disebut Nokia 3310, pasti ramai yang akan berceritakan tentang prestasi model popular tersebut. Mungkin tidak setanding dengan teknologi sekarang tetapi berbelas tahun lalu, ia adalah model dambaan ramai.
Apakan daya, ketika mana pengeluar lain mula mengorak langkah membangunkan telefon pintar yang menjalankan Android dan iOS, Nokia masih setia dengan platform Symbian mereka.
Pada 2012, Samsung telah dilaporkan berjaya menamatkan penguasaan global Nokia selama 14 tahun dengan memasarkan 93.5 juta unit untuk suku pertama sementara pesaingnya itu berada ditangga kedua dengan 82.7 juta unit. Terdahulu, Apple juga pernah memintas Nokia dan Samsung pada 2011.
Boleh dikatakan sejak dari itu, kedua-dua pengeluar ini mendominasi pasaran telefon global sehingga ke hari ini diikuti syarikat-syarikat dari China seperti Huawei, OPPO dan Xiaomi.
Mungkin dengan harapan mampu menaikkan semula jenama Nokia, Microsoft telah membeli bahagian mudah alih Nokia tetapi nampaknya ia tidak membuahkan hasil.
Namun kedatangan HMD Global pada 2016, boleh diibaratkan memberi nafas kelegaan kepada Nokia dimana sejak dari itu, ia telah berjaya memasarkan 70 juta unit. Mereka juga berjaya menduduki tangga kesembilan pada suku ketiga 2018 dengan peningkatan jualan sebanyak 71% berbanding tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Dilihat berdasarkan penawaran model sedia ada, Nokia mungkin jauh lagi untuk menandingi Samsung dan Apple. Ditambah pula dengan kehadiran Huawei dan syarikat asal China yang lain, ia sedikit menyukarkan.
Adakah anda merupakan sebahagian pengguna yang optimis Nokia mampu bersaing rapat dengan lima pengeluar teratas atau sebaliknya? Apa pandangan anda tentang comeback Nokia setakat ini?
Sumber: Android Authority, Bloomberg, BBC
Berkaitan
- Xiaomi Mi 10 Mungkin Dilengkapi Skrin Sisi Melengkung
- Xiaomi Malaysia Sedang Bersiap-Siap Untuk Membawa Masuk Mi 9T Pro
- Nokia 3310 (2017) Dilancar Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia - Turut Sama Diperkenalkan Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6
- Samsung Galaxy A50 Dapat Ciri Mod Malam Dan Gerak Perlahan
- Senarai Telefon Xiaomi Yang Dikhabarkan Bakal Menerima Kemaskini Android Nougat
- Video Acah Huawei Mate 20 Membayangkan Tiga Lensa Kamera Disusun Membentuk Petak
- Xiaomi Mi 6 Akan Diperkenalkan Pada 19 April Ini
- Telefon Andalan Baru Xiaomi Mungkin Guna Kamera 200MP
- Harga Jualan Huawei P10 Plus Dikemaskini
- Nokia Berhasrat Tawar Teknologi 5G Di Malaysia