Suara John Legend Akan Hadir ke Google Assistant Bersama Lima Suara Yang Lain

Google telah melancarkan enam suara terbaru bagi fungsi Google Assistant mereka. Dan salah satu daripada suara tersebut adalah milik penyanyi terkenal, John Legend. Pilihan suara tersebut telah hadir ke lebih 500 juta peranti yang menyokong fungsi ini di seluruh dunia sebentar tadi.

Menurut Google lagi, antara peranti yang telah menggunakan sokongan ini adalah termasuk 5,000 peranti yang dihubungkan dengan kediaman serta kenderaan keluaranĀ  40 jenama di peringkat global.



Mereka memberitahu bahawa rakaman suara ini telah dibuat menggunakan teknologi WaveNet dan ia membantu dalam bukan sahaja untuk merakam suara, malah untuk memberi respon kepada apa jua arahan yang diberikan.

Buat masa kini, kemaskini ini hanya menyokong bahasa Inggeris sahaja dan anda akan dapat mengaktifkan pilihan suara dengan memberikan arahan 'Change Voice' melalui aplikasi tersebut.

Sumber