Suar Solar Terkuat Dalam Dekad Ini Menyebabkan Isyarat Radio Tidak Berfungsi

Dua suar solar telah dikesan dari Matahari termasuk salah satu yang terkuat pernah direkodkan sejak tahun 2006.

Suar solar merupakan radiasi kuat yang dilepaskan oleh Matahari dan boleh mengganggu siaran komunikasi radio di Bumi. Perkara ini dijelaskan oleh Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (SWPC)

SWPC berkata isyarat radio berfrekuensi tinggi mengalami masalah tidak berfungsi untuk satu kawasan besar di bumi dan tidak sampai ke lokasi dalam durasi sejam. Isyarat komunikasi berfrekuensi rendah pula tidak dapat berfungsi sehingga tempoh empat jam.

NASA berkata radiasi dari suar solar ini tidak dapat melepasi lapisan atmosfera Bumi secara fizikal seterusnya membahayakan manusia. Walaubagaimanapun, jika suar solar ini bersifat lebih kuat, ia boleh menganggu lapisan atmosfera Bumi di mana isyarat komunikasi GPS bergerak.

Satu suar diklasifikasikan sebagai X2.2 manakala satu lagi berlaku tiga jam kemudian dengan klasifikasi X9.3, terkuat sejak X9.0 yang berlaku pada tahun 2006. Klasifikasi X merupakan solar yang paling kuat dan nombor menandakan kekuatan solar tersebut.

Sumber