Studio Ghibli - Terkenal Dengan Animasi Berkualiti Tinggi

studio ghibli lagenda animasi terkenal

Studio Ghibli sememangnya terkenal dengan filem animasi yang berkualiti tinggi berbanding filem animasi yang lain. Dengar sahaja filem animasi dari Studio Ghibli, pasti ramai penonton akan mengimbau kembali kenangan zaman kanak2 dan remaja terutamanya yang lahir pada era 80 dan 90an.

studio ghibli lagenda animasi terkenal

Studio Ghibli diasaskan oleh Hayao Miyazaki dan Isao Takahata pada tahun 1985. Kolaborasi pertama mereka bermula pada tahun 1985 dengan melancarkan sebuah filem animasi iaitu ‘Nausicaä of the Valley of the Wind’ diadaptasikan dari manga yang ditulis Miyazaki. Kejayaan filem tersebut membuatkan mereka ingin menghasilkan filem animasi yg lebih berkualiti.



Pada tahun 1988, Studio Ghibli menghadapi masalah sehingga dijangkakan akan muflis. Namun, dengan pelancaran ‘My Neighbour Totoro’, ia mendapat sambutan hangat dan Studio Ghibli kembali menempa nama. Ia diminati ramai kerana watak ‘Totoro’ tersebut amat popular.

studio ghibli lagenda animasi terkenal

Studio Ghibli terus menempa nama dalam industri filem animasi. Pada tahun 1996, mereka mula berkolaborasi dengan Walt Disney dengan pelancaran filem ‘Princess Mononoke’. Walaupun berlaku perbezaan pendapat pada permulaan kolaborasi, filem tersebut telah mendapat kutipan sebanyak $2.3 juta (~RM9 juta).



Pada tahun 2001, Studio Ghibli sekali lagi menempa nama apabila filem ‘Spirited Away’ telah memenangi beberapa anugerah seperti filem animasi terbaik ‘Academy Awards’ dan pelbagai lagi anugerah lain. ‘Spirited Away’ juga dikenali sebagai karya dan filem terbaik yang dihasilkan Miyazaki.

studio ghibli lagenda animasi terkenal

Selepas pencapaian cemerlang ‘Spirited Away’, Studio Ghibli meneruskan legasinya dengan melancarkan beberapa filem animasi yang diminati ramai seperti ‘Howl’s Moving Castle, Ponyo on the Cliff, The Secret World of Arrietty’ dan pelbagai lagi.



Isao Takahata telah meninggal dunia pada tahun 2018, namun Miyazaki masih meneruskan legasi filem animasi dan bakal melancarkan filem terbarunya pada tahun 2020 iaitu ‘How Do You Live?’.

studio ghibli lagenda animasi terkenal

Walaupun kini telah muncul pelbagai filem animasi serba moden, namun kehebatan Studio Ghibli dilihat tiada tandingan. Kualiti dan kehebatan jalan penceritaan filem animasi Studio Ghibli terbukti merentasi zaman.

studio ghibli lagenda animasi terkenal

Baca seterusnya: https://wiser.my/10-fakta-unik-dan-menarik-tentang-filem-toy-story/