Seusai pelancarannya di China tempoh hari, Vivo S1 Pro kini mula diintai para peminat Malaysia kerana mempunyai ciri-ciri menarik dengan modul kamera berbentuk berlian di bahagian belakang yang menempatkan kombinasi empat kamera.
Sementara itu, sistem kuad kamera di bahagian belakang dipimpin oleh sensor 48MP manakala kamera sekundernya mungkin akan mempunyai sensor khusus untuk fotografi ultra-lebar, makro dan potret, sama seperti ciri-ciri yang ada pada S5.
Di dalam pasaran Malaysia, S1 Pro ini dikhabarkan sebagai peranti siri S kedua keluaran Vivo selepas kemunculan Vivo S1 pada empat bulan yang lalu. Vivo S1 Pro yang dilancarkan di China ini dijana dengan bateri berkapasiti 3700mAh yang hadir dengan daya saluran berkuasa 18W.
Ia dilengkapi dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 665 dan kemudiannya bakal digandingkan bersama RAM 8GB serta ruang memori 128GB.
Berkaitan
- Kirin 970 Diperkenalkan- Huawei Dakwa Inilah Cip Pemprosesan Masa Hadapan
- Unboxing Vivo V17 Pro - Peranti Dengan 6 Kamera, Tangkapan Sempurna
- Vivo S1 Pro, Apa Yang Menarik?
- Samsung Dedahkan Rekaan Galaxy S10 Secara Tidak Sengaja Menjelang Acara "Unpacked"
- Spesifikasi Tiga Kamera Utama Samsung Galaxy S10+ Tertiris
- Pembeli Malaysia Sanggup Tempuh Perjalanan Jauh Untuk Dapatkan Tawaran Promosi
- Microsoft Benam Pusat Data Dalam Ujian Projek Natick Di Perairan Scotland
- OnePlus 5 Sah Mempunyai Dwi Kamera Utama dan Cip Pemprosesan 835
- Vivo Kongsikan Gambaran Masa Depan Inovasi 5G Mereka
- Daftar Pelan U Mobile, Dapat Vivo Y12 Dengan Harga RM0.99