Storan Quartz Mampu Menyimpan Data Dengan Selamat Selama Beribu Tahun

Teknologi baru itu sedang dibangunkan Microsoft khusus untuk servis storan awan.


Microsoft kini sedang membangunkan teknologi storan kaca quartz yang membolehkan data-data disimpan di dalam storan tersebut bertahan beribu tahun.

Pembangunan teknologi storan itu kini sedang dilaksanakan Microsoft di bawah Projek Silica.

Menerusi percubaan awal, Microsoft telah bekerjasama dengan syarikat penerbit filem Warner Bros bagi menyimpan filem Superman (1978) ke atas sekeping kaca quartz setebal 2mm dan bersaiz 75x75mm.

Dengan menggunakan pancaran laser, filem itu dipancarkan ke atas kaca quartz sebagai konsep awal menyimpan filem tersebut ke storan quartz.

https://www.youtube.com/watch?v=6CzHsibqpIs&feature=emb_logo

Bagi membaca data yang disimpan dalam storan itu pula, algoritma khas diperlukan bagi menyahkod data yang ada di dalam storan tersebut.

Microsoft juga mendakwa, data yang disimpan dalam storan quartz tidak akan hilang atau terpadam walaupun kaca quartz itu direndam dalam air mendidih, dibakar pada suhu sehingga 500 darjah celcius mahupun menggunakan magnet.

Teknologi storan quartz Microsoft ini dibangunkan khusus untuk penggunaan storan awan pada masa akan datang.

Sebenarnya Microsoft bukan sahaja sedang membangunkan teknologi storan quartz. Ini kerana mereka juga sedang menguji teknologi storan yang menggunakan DNA.

https://www.youtube.com/watch?v=60Gi5lqL-dA&feature=emb_logo