Stesen Antarabangsa Angkasa Akan Menayangkan Filem Star Wars Yang Terbaru

Hanya segelintir insan yang dapat 'menjejakkan' kaki ke Stesen Antarabangsa Angkasa (ISS) kerana  dan ia pasti merupakan kenangan yang tidak dapat dilupakan mereka sepanjang hayat.

Bagaimana pula kepada peminat setia francais Star Wars yang terpaksa berada di stesen itu berbulan lamanya ketika filem yang memasuki episod ke-8 sedang ditayangkan di panggung wayang di Bumi?

Disney mengumumkan akan menayangkan filem Star Wars ke-2 mereka di ISS dan butirannya telah disahkan oleh Inverse. Pihak NASA walau bagaimanapun tidak dapat memberi tarikh rasmi tayangan itu akan dipersembahkan di stesen tersebut dan tiada projektor IMAX yang berada di stesen itu.



Angkasawan selalunya mendapat fail digital dan boleh memainkannya di komputer riba mahupun di projektor biasa yang terdapat di sana. Tetapi jangan menyangka sambungan jalur lebar stesen itu perlahan kerana sambungan muat turun mereka boleh mencapai sehingga 300Mbps dengan kelajuan muat naik sehingga 25Mbps.

Sumber