Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Stesen Angkasa Lepas Pertama India Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2030 Nanti

Stesen Angkasa Lepas Pertama India Bakal Dilancarkan Pada Tahun 2030 Nanti

Diterbitkan Januari 20, 2022 oleh ariff bukhari

India dilaporkan bakal melancarkan stesen angkasa lepas pertama mereka yang dijadualkan akan dilancarkan pada tahun 2030 nanti.

Stesen angkasa lepas pertama India itu dikhabarkan akan berada di orbit pada jarak 4,000 kilometer dari Bumi di mana angkasawan mampu tinggal di stesen tersebut selama 15 hingga 20 hari.

Misi membina stesen angkasa lepas itu dijadualkan selepas Organisasi Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) sedang bersiap sedia untuk melancarkan misi eksplorasi angkasa lepas mereka yang dinamakan sebagai ‘Gaganyaan’ yang dijadualkan akan dilancarkan dalam tahun ini.

Program dalam misi tersebut termasuklah melancarkan 2 sesi penerbangan tanpa manusia dan 1 lagi dengan membawa seorang angkasawan.

Misi pertama penerbangan tanpa manusia itu akan dilancarkan dalam suku ke-2 tahun ini.

Misi kedua penerbangan tanpa manusia itu pula tetapi akan membawa robot bernama “Vyommitra” yang dibangunkan ISRO bakal dilancarkan pada penghujung tahun 2022 nanti.

Selain daripada misi ‘Gaganyaan’, ISRO turut akan melancarkan program angkas lepas mereka yang lain seperti misi ke Bulan menerusi program Chandrayaan 3 dan misi Aditya-L1 ke planet Zuhrah sebelum melancarkan stesen angkaas lepas mereka.

Sumber: republicworld

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY