Stephen Hawking Menghembuskan Nafas Terakhir Pada Umur 76 Tahun

Ahli Fizik terkenal dunia, Stephen Hawking telah disahkan meninggal dunia di rumah keluarganya di Cambridge, England pada umur 76 tahun. Beliau yang terkenal dengan hasil kerja berkenaan lohong hitam (black holes) , teori relativiti termasuk buku sains popular, A Brief History of Time.



Dia disahkan menghidap penyakit jarang berlaku berkenaan motor neuron pada umur 22 tahun dan dijangka tidak mempunyai masa yang lama untuk hidup pada ketika itu oleh doktor.

Sejak itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda dan alat pertuturan bagi menjalani kehidupan seharian.

Dia dilahirkan pada 8 Januari 1942 di Oxford, England.

Sumber

Berkaitan