Steam Kini Miliki 1 Bilion Akaun Berdaftar

Steam adalah merupakan gedung permainan video digital yang telah dibangunkan oleh Valve Corporation. Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 11 September 2003 yang lalu.

Selepas lebih kurang 15 tahun diperkenalkan, Steam telah mencipta rekod baharu apabila mempunyai 1 bilion akaun berdaftar kini.

Kapsyen: Steam ID Finder


Merujuk kepada Steam ID Finder, akaun bernama "amusedsilentdragonfly" adalah pemilik kepada steamID3:[U:1:1000000000] sekaligus menandakan ia adalah akaun ke-1 bilion berdaftar dengan Steam.

Steam Game and Player Statistics, sepanjang 48 jam yang lepas, jumlah kemuncak bagi pengguna aktif Steam dalam satu-satu masa ialah pada 16,683,284 pengguna.

Pencapaian ini dibantu dengan penawaran pelbagai permainan video popular seperti Dota 2, PUBG dan CS:GO melalui gedung berkenaan.

 

Sumber: TechRaptor