Di Malaysia, majoriti pengguna masih menggunakan sistem operasi Android. Namun begitu, statistik dan laporan terkini dari Statcounter menunjukkan perkongsian pasaran Android semakin menurun berbanding tahun lepas.
Pada masa yang sama pengguna iOS semakin meningkat menandakan pengguna perlahan-lahan telah beralih citarasa.
Jika melihat pada November 2019, pengguna sistem operasi Android adalah sebanyak 83.44% manakala iOS pada 16.06%. Setahun kemudian pula jumlah Android menurun kepada 75.53% sementara iOS meningkat kepada 23.13%.
Statistik ini agak signifikan kerana pada tahun sebelumnya pengguna Android meningkat daripada 76.77% kepada 83.44% manakala pengguna iOS menurun dari 22.29% kepada 16.06%.
Jika melihat kepada faktor perubahan perkongsian pasaran ini, tahun ini Apple telah memperkenalkan beberapa buah model termasuk iPhone SE (2020) yang mampu milik.
Dengan pelbagai variasi model yang diperkenalkan terutamanya model iPhone 12 sehingga 4 model, semestinya pengguna lebih mudah untuk memilih model mana yang lebih mengena dengan citarasa mereka.
Sumber: Statcounter
Berkaitan
- Android 11 Beta Yang Sepatutnya Diumumkan Minggu Ini Telah Ditunda Tarikhnya
- Bermula Snapdragon 888, Telefon Android Akan Terima Sokongan Kemaskini Sehingga 4 Tahun
- Aplikasi Dijangkiti Clickware - 17 Aplikasi iOS Yang Perlu Anda Buang Sekarang
- Penstriman Netflix Pada Peranti Android Kini Lebih Jimat Data Dengan Codec AV1 Baharu
- Android 12 Dijangka Menawarkan Ciri Gestur "Double Tap" Pada Panel Belakang
- Aplikasi Truecaller Akan Dipasang Siap-Siap Dalam Telefon Android Di Malaysia
- Harap Android Pun Boleh Tiru Servis Apple Untuk Baiki Telefon Sendiri
- WhatsApp Sedang Menguji Mod Gelap Pada Peranti iOS
- iOS 12.4.6 Dilepaskan Untuk iPhone 5s, 6 Dan Model iPad Lama
- EA Games Mengesahkan Ketibaan Apex Legends Pada Android Dan iOS