Starbucks Jepun Kini Menawarkan Ciri Pembayaran Dengan Hanya Menggunakan Pen

Pen itu dikenali sebagai “Starbucks Touch: The Pen”.


Jika anda peminat minuman kopi Starbucks dan berkunjung ke Jepun, anda kini boleh membuat pembayaran kopi di rangkaian Starbucks Jepun hanya dengan menggunakan pen.

Pen tersebut yang dikenali sebagai “Starbucks Touch: The Pen” itu dijual pada harga 4000 yen (sekitar RM155.00) yang akan membolehkan pembelian minuman disemua rangkaian Starbucks Jepun hanya dibayar menerusi pen tersebut.

Starbucks Touch: The Pen itu di dalamnya dipasang dengan alat pembaca NFC yang disambungkan pada dompet digital. Pen itu pula boleh didapati dalam 3 warna pilihan iaitu hitam, perak dan putih.

Cara pembayar unik ini adalah yang ke-empat ditawarkan kepada para pelanggan Starbucks Jepun di mana sebelum ini mereka turut menawarkan cara pembayaran menerusi bekas simpanan air panas, aksesori telefon (phone case) dan beg kecil yang dipanggil sebagai The Hug.

Sumber: The Verge

Berkaitan