Starbucks Akan Sekat Laman Web Lucah Pada Perkhidmatan WiFi Yang Disediakan

Selain menghidangkan kopi yang enak  ditekak, Starbucks turut menawarkan perkhidmatan WiFi secara percuma bagi pelanggan yang duduk menikmati minuman dipremis mereka.

Namun, terdapat kritikan terhadap perkhidmatan WiFi percuma itu dimana mereka didakwa tidak menyekat akses ke laman web pornografi. Hal ini dilihat seperti memberi ruang kepada pelanggan untuk mengambil kesempatan keatas keistimewaan yang diberikan.

Salah satu pihak yang bertegas dengan isu ini adalah Enough Is Enough, sebuah organisasi sekuriti internet. Mereka berusaha bertahun-tahun menggesa Starbucks dan francais lain supaya menyekat akses ke laman yang tidak bermoral itu.

Selepas dikatakan gagal menghalang perkara seumpama itu dari terjadi, terbaru Starbucks dilaporkan bakal memperkenalkan penapis yang mampu menyekat laman tersebut.

Langkah penapisan kandungan terlarang tersebut dijangka bermula pada tahun depan di Amerika Syarikat. Diharapkan francais di Malaysia turut mengambil inisiatif sama.

Sumber: Business Insider