Peminat bola sepak pastinya mahukan yang terbaik bagi pasukan kegemaran mereka. Bukan sekadar skil permainan yang menarik tetapi juga suasana dalam stadium yang menjanjikan kepuasan ketika menyokong idola mereka bermain di tengah padang.
Bermula pada musim hadapan pasukan bola sepak gergasi dari Sepanyol, Atletico Madrid bakal beraksi di dalam stadium yang baru. Stadium yang diberi nama Estadio La Peneita itu terletak di ibu kota Sepanyol merupakan yang pertama dilengkapi dengan lampu LED Philips Arena Experience. Ia merupakan satu sistem pencahayaan LED yang akan menerangi kawasan dalam dan luar stadium dengan pelbagai corak. Warna merah dan putih akan menyala sepanjang waktu perlawanan. Apabila gol dijaringkan penonton akan melihat cahaya berubah-ubah untuk menghangatkan lagi suasana.
Stadium berkapasiti 67,000 itu akan dipasang dengan 336 lampu limpah LED Philips ArenaVision.
Sumber: Cnet
Berkaitan
- "Gags & Coffee 2.0" CFM: Sketsa Santai Untuk Pengguna Fahami Isu Komunikasi Dan Multimedia Sempena Sambutan WTISD18
- Rangkaian TV Jepun Mulai Siar Saluran 8K
- Qualcomm Mahu Selesaikan Masalah Audio Bluetooth Kurang Berkualiti Dengan aptX Adaptive
- Xiaomi Mi Mix 3 Harga Bawah RM2500 Hadir Dipasaran Tempatan Januari Hadapan
- vivo Patenkan Rekaan Telefon Dengan Papan Kekunci Yang Boleh Diputar
- Jam Tangan Pintar Fitbit Ionic Sudah Mula Dijual Dalam Negara, Berharga RM1399
- Saintis China Memperlihatkan Dua Ekor Monyet Betina Yang Dilahirkan Secara Pengklonan
- Xiaomi Mi Notebook Air Versi 4G Di Lancar Di China
- Mod Gelap Untuk Aplikasi Google Mula Ditawarkan Lebih Meluas
- Anda Dinasihatkan Supaya Berhati-Hati Dalam Membeli Bekalan Perubatan Dalam Talian