SSM Aktifkan Semula Perkhidmatan Dalam Talian - MyCoID, SSM e-Info, MyData-SSM Dan EzBiz Online

Hari ini, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mula mengaktifkan perkhidmatan dalam talian iaitu MyCoID berikutan kaunter perkhidmatan fizikal perlu ditutup sepanjang tempoh PKP.

Perkhidmatan dalam talian ini akan beroperasi 24 jam sehari bagi urusan yang berkaitan dengan entiti syarikat. Selain itu, perkhidmatan dalam talian seperti SSM e-Info, MyData-SSM dan Ezbiz SSM juga telah diaktifkan sejak 28 Mac yang lalu. Kedua-dua pautan itu juga akan beroperasi selama 24 jam sehari.

ssm

SSM e-Info dan MyData-SSM adalah portal yang berkaitan dengan pembekalan maklumat korporat SSM. Walau bagaimanapun, pengguna baru yang mahu mendaftar hanya boleh membuat pengaktifan setelah kaunter fizikal SSM kembali beroperasi. Ini adalah kerana pengesahan identiti perlu dilakukan oleh pihak SSM.

Sumber : Bernama

Berkaitan