Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MrBeast Squid Game

Squid Game Di Dunia Sebenar Dengan Hadiah Hampir RM2 Juta

Diterbitkan November 30, 2021 oleh Helmi Samsuri

Melakar sejarah sebagai siri paling ramai ditonton di Netflix, populariti Squid Game sememangnya menjadi habuan bagi platform penstriman itu. Apa tidaknya, dengan tontonan menjangkau angka 100 juta dan disiarkan di 94 buah negara, Netflix dikatakan berjaya memungut lebih kurang $900 juta melalui langganan.

Terbaru, saluran YouTube popular MrBeast tampil menghasilkan Squid Game dunia sebenar dengan melibatkan seramai 456 orang peserta, jumlah sama seperti siri itu. Kesemuanya ditiru bulat-bulat, dari pakaian, permainan hinggalah kepada latar belakang yang mirip seperti drama Korea Selatan itu.

Namun begitu yang membezakan Squid Game dari MrBeast ini dengan siri Netflix itu adalah permainan akhir dimana ia digantikan dengan ‘rebut kerusi’ dan peserta yang tewas tidak terkorban. Peserta yang berjaya memenangi setiap permainan membawa pulang wang tunai berjumlah $450,000, hampir RM2 juta mengikut pertukaran matawang asing semasa.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY