Seperti semua sedia tahu, aplikasi WhatsApp amat popular digunakan oleh pengguna peranti pintar di Malaysia sebagai platfom sembang sosial.
Tetapi kerana popularitinya, WhatsApp juga menjadi tempat untuk penjenayah siber seperti scammer untuk mencari mangsanya.
Malah WhatsApp juga kini didakwa dijadikan platfom oleh sesetengah pihak untuk tawar-menawar rasuah dalam pelbagai bentuk kepada ahli-ahli politik di dalam negara kita untuk menyokong pemimpin parti.
Perkara ini didedahkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkaitan wujudnya dakwaan yang mendakwa beberapa orang ahli parlimen DAP ditawarkan rasuah seperti wang dan jawatan oleh sesetengah pihak untuk mereka menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Berikutan itu, SPRM memaklumkan mereka sedang menjalankan siasatan dengan mendapatkan maklumat lanjut mengenai tohmahan tersebut.
Namun begitu setakat ini, SPRM menyatakan bahawa mereka masih tidak dapat mengenal pasti identiti sebenar pemilik nombor telefon yang menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp tersebut kepada ahli-ahli parlimen berkenaan.
SPRM menegaskan bahawa pihak mereka memandang serius mengenai tohmahan tersebut.
SPRM juga memberi jaminan bahawa siasatan berkenaan perkara ini akan terus dijalankan.
SPRM juga memohon kepada orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini.
Sumber: SPRM
Baca juga: WhatsApp Jadi Aplikasi Permesejan Yang Digemari Scammer Untuk Cari Mangsa
Cara Elak Orang Tak Dikenali “Add” Dalam “Group” WhatsApp Atau Telegram