Spotify Premium Percuma Untuk 6 Bulan Dengan Pelan Pascabayar Unlimited Hero P79 Yang Baru

Satu pelan pascabayar baru dikenali sebagai Unlimited Hero P79 telah diperkenalkan U Mobile hari ini.

Menawarkan pelbagai servis tanpa had menarik menerusi Call Onz, Video Onz, Music Onz, dan bagi mereka yang mengembara ke luar negara, boleh menikmati Roam Onz dengan data 1GB.





Pakej baru P79 ini menampilkan data sebesar 20 GB dengan yuran langganan bulanan sebanyak RM79.

Turut ditawarkan adalah perkhidmatan penstriman muzik popular, Spotify bagi versi Premium dan ia adalah percuma selama 6 bulan. Untuk menikmatinya, anda perlu mendaftar pelan ini sebelum 31 Mac 2018 hadapan.