Spotify Premium Duo Diuji, Dua Pelan Premium Pada Dengan Harga Yang Lebih Murah

Spotify sedia menawarkan perkhidmatan secara percuma yang terhad kepada ciri-ciri tertentu diiringi iklan dan langganan berbayar.

Mempelbagaikan lagi penawaran berbayar, satu pelan dinamakan sebagai Premium Duo telah diuji pada beberapa negara.



Ia menawarkan dua langganan premium pada harga €12.49 (~RM 57.27) sebulan dan ia dilihat lebih berbaloi berbanding pelan premium biasa yang berharga € 9.99 (~RM45.81).

Untuk layak melanggan Premium Duo, kedua-dua pengguna yang berkongsi pelan ini perlulah tinggal di alamat yang sama. Ia mungkin menggunakan kaedah pengesahan sama seperti Spotify Family yang memerlukan alamat tempat tinggal.



Premium Duo turut disertakan dengan ciri Duo Mix yang menggabungkan senarai main kedua-dua pengguna. Masih belum dapat dipastikan sama ada penawaran ini akan dikembangkan ke negara lain ataupun tidak.