Spotify Mungkin Akan Naikkan Harga Langganan Perkhidmatan Mereka

Platform penstriman muzik popular, Spotify sedia menawarkan perkhidmatan percuma serta langganan berbayar untuk pengguna.

Baru-baru ini, platform muzik tersebut dilaporkan sedang menjalankan ujian peningkatan harga langganan terhadap pasaran di negara-negara utara Eropah. Menurut laporan, peningkatan harga sekitar 13% akan dikenakan pada pelan famili dan tidak dapat dipastikan sama ada Spotify akan menyertakan ciri baru atau pun tidak.

Menurut laporan juga, kenaikan harga tersebut tidak bermaksud Spotify akan menaikkan harga untuk pasaran negara lain serta tidak juga mengekalkan harga itu di negara yang sedang terlibat dengan ujian.

Namun sekiranya Spotify mengambil langkah mengekalkan peningkatan harga itu dan mengembangkannya ke pasaran lain, sedikit sebanyak ia mungkin memberikan impak kepada jumlah pelanggan yang kini mencecah 108 juta pengguna.

Sumber: Bloomberg