Spotify Kini Turut Menguji Ciri Stories

Selepas Twitter menjadi aplikasi terkini yang hadir dengan ciri Stories dinamakan Fleets, Spotify kini dilaporkan turut akan menawarkan ciri sama yang sama.

Perkara ini disedari oleh pengguna TmarTn yang menjumpainya secara tidak sengaja apabila menggunakan aplikasi tersebut.

Walaupun ia tidak belum mendapat apa-apa nama rasmi lagi, antaramuka ciri tersebut sama sahaja seperti Stories dengan bar pada bahagian atas skrin.

https://twitter.com/TmarTn/status/1332378100328517638

Penulis juga turut menjumpai ciri yang sama apabila membuat carian Christmas hits dengan menekan profil imejnya. Adakah anda menjumpai ciri ini pada aplikasi Spotify anda?



Sumber: TmarTnĀ