Spotify Juga Tidak Lagi Akan Memaparkan Iklan Politik Bermula Tahun Depan Di Amerika Syarikat

Berikutan kehangatan kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.


Platfom perkhidmatan penstriman muzik internet, Spotify memaklumkan bahwa bermula tahun 2020, mereka tidak lagi akan memaparkan iklan-iklan berkaitan politik pada platfom mereka.

Ia berikutan mereka masih belum mempunyai keupayaan untuk mengesahkan dan mengkaji semula kandungan iklan politik.

"At this point in time, we do not yet have the necessary level of robustness in our processes, systems and tools to responsibly validate and review this content. We will reassess this decision as we continue to evolve our capabilities" Spotify.

Polisi baru Spotify ini setakat ini hanya melibatkan Amerika Syarikat sahaja memandangkan hanya di A.S sahaja Spotify menawarkan platfom bagi menyiarkan iklan politik.

Langkah Spotify ini secara tidak langsung mengikuti jejak Twitter yang telah mula berhenti menerima iklan politik di platform mereka sejak November lalu.

Sumber: CNN